Tuesday, 19 August 2014

Belajar Bahasa Mandarin Part-2

Perbualan dalam bahasa mandarin untuk berkenalan / mengorat.. hehe..

你 好 吗?
Nǐ hǎo ma?
Awak apa khabar?

我 很 好.
Wǒ hěn hǎo.
Saya baik.

你 叫 什 么 名 字?
Nǐ jiào shénme míngzì?
Apa nama awak?

你 可 以 叫 我 ...........
Nǐ kěyǐ jiào wǒ ............
Awak boleh panggil saya ..........

你 有 空 吗?
Nǐ yǒu kòng ma?
Awak free?

有 Yǒu 我有 Wǒ yǒu.
Ada (free).

我 们 喝 茶 吧!
Wǒ men hē chá ba!
Kita minum teh jom!

你 有 男 朋 友 吗? (朋 友 péngyǒu = kawan), ( 男  nán = lelaki (biasa guna utk lelaki)
Nǐ yǒu nán péng yǒu ma?
Awak ada teman lelaki?

atau

你 有 女 朋 友 吗? (女 nǚ = wanita)
Nǐ yǒu nǚ péng yǒu ma?
Awak ada teman wanita?

我 没 有.
Wǒ méi yǒu.
Saya tidak ada.


Sunday, 17 August 2014

!Jom Belajar Bahasa Mandarin (جوم بلاجر بهاس مندارين!)

Jom kita belajar nombor dan hari dalam bahasa cina (mandarin). 

NOMBOR:
一 Yī = satu
二 Èr = dua / 两 Liǎng = dua (biasa digunakan)
三 Sān = tiga
四 Sì = empat
五 Wǔ = lima
六 Liù = enam
七 Qī = tujuh
八 Bā = lapan
九 Jiǔ = sembilan
十 Shí = sepuluh
十 一 Shí yī = sebelas
十 二 Shí' èr = dua belas
二十 二 èr shí' èr = dua puluh dua

二十 三  èr shí' Sān  = dua puluh tiga 
四 十  Sì  shí  = empat puluh
五 十  Wǔ shí  = lima puluh
一 百  Yī Bǎi  = Satu ratus
二 百  èr Bǎi / 两 百  Liǎng Bǎi  = dua ratus
一 千  Yī Qiān  = satu ribu
四 千 Sì  Qiān  = empat ribu
九 万 Jiǔ wàn  = sembilan puluh ribu
七 万 Qī  wàn  = tujuh puluh ribu



HARI:
星 期 一 Xīng qí yī = Isnin (hari ke-1 dalam minggu)
星 期 二 Xīng qí' èr = selasa (hari ke-2 dalam minggu)
星 期 三 Xīng qí sān = rabu (hari ke-3 dalam minggu)
星 期 四 Xīng qí sì = khamis (hari ke-4 dalam minggu)
星 期 五 Xīng qí wǔ = jumaat (hari ke-5 dalam minggu)
星 期 六 Xīng qí liù = sabtu (hari ke-6 dalam minggu)
星 期 日 Xīng qí rì / 星 期 天 Xīng qí tiān = ahad
Perkataan 星 期 Xīng qí boleh juga digantikan dengan perkataan 周 Zhōu atau li bai (lupa chinese character.. hehe..)


Sekadar berkongsi..

Tuesday, 5 August 2014

Ronda-Ronda Cameron Highlands

...سلام سجهترا

Alhamdulillah, baru balik daripada bercuti sempena hari raya. Dalam perjalanan balik ke KL sempat bermalam di Cameron Highlands selama satu malam. Rumah tumpangan dah tempah siap-siap sebelum bertolak balik lagi. Menginap di Dew Drop Inn di Tanah Rata. 

Pemandangan di sekitar Dew Drop Inn (gambar daripada google)

Bilik tidur.. (gambar daripada google juga)

Harga rumah tumpangan ni RM 75 untuk satu malam. Tempah melalui booking.com. Bilik agak besar tetapi tandas berkongsi. Untuk tandas sekali dengan bilik harga lebih sikit tapi sebab nak minimumkan kos, saya pilih bilik ni je lah. Bertolak dari rumah pukul 10 pagi dan sampai di Cameron pukul 6 ptg. Perjalanan santai je sambil tengok2 pemandangan sepanjang jalan. Pada awalnya saya merancang untuk singgah di Kolam Air Panas, tapi terlajak dan malas nak undur kereta dah. Jadi terus ke Cameron je lah. Sampai je di Cameron terus check in dan keluar jalan2. Saya makan di gerai makanan berdekatan je. Kedai Tom Yam siam. Tujuan perjalanan ke Cameron Highlands ni sebenarnya untuk jalan2. Ye lah. Ni bukan kali pertama saya ke Cameron Highlands, tapi kali ke-5 atau ke-6 kali dah kot.




Berhampiran Ladang Boh..

Gerai orang asli.. Jual barang2 kraftangan.. 


Rumah orang asli atas bukit. Cantik..

Air Terjun Lata Iskandar..






Saturday, 12 July 2014

Bercuti ke Seoul & Pulau Jeju Part 1

Hajat nak merasa berada di negara yang ada musim sejuk tercapai apabila aku berjaya menjejakkan kaki ke korea selatan nie. Untuk melancong ke korea selatan tak perlukan visa. Hanya perlu passport jer.. Jadi agak mudah untuk ke sana berbanding ke china ataupun australia. Percutian ni agak ringkas kerana tiada khidmat pemandu pelancong digunakan untuk menjimatkan kos. Lagipun pergi sendiri ni senang, tak perlu ikut jadual yang orang sediakan dan boleh manfaatkan sepenuhnya masa untuk buat dan pergi ke tempat yang kita suka.. Oleh kerana airasia buat promosi pada oktober 2013, jadi perancangan pun dibuat lah. Mula-mula fikir, boleh ke pegi ni?? Cukup ke duit ni?? Takut la kan jadi ape2 masalah nayo la.. Nak tak nak, kalau kita just berangan je tak buat2 sampai bila pun takkan berjaya kan.. jadi, dengan pasrahnya aku book tiket airasia tu.. dapat tiket pergi balik untuk 2 orang dalam ~ RM 1425 + ~RM 120 (luggage). Perjalanan daripada KL (12 mlm) - Incheon (8 pg). Agak murah la sebab untuk 2 orang kan.. mungkin ada orang lain dapat lagi murah kot.. tapi xpe, rezeki masing2 lah katakan.. sejak dari book tiket tu, aku mulakan persediaan untuk ke sana. Mula-mula sekali yang aku buat ialah baca sebanyak mungkin berkenaan tempat tu.. tapi masa agak terhad sebab nak siapkan paper, assigment, tesis dan sebagainya.. agak stress sebab segala persediaan dibuat berseorangan.. tp takpe, at least dpt belajar lebih.. dah baca banyak2 tiba2 terfikit pasal pulau Jeju sebab pernah terbaca di blog sape ntah ada cerita pasal pulau jeju. Jadi aku pun ikhtiarkan untuk book tiket ke pulau jeju. Dapat pergi balik dari Airport Gimpo - Airport Jeju untuk 2 orang dalam ~RM 400.  

Pada 12 mlm 18 Jan 2014 tu kami selamat berlepas ke korea selatan.. berbekalkan sedikit beras, maggi, perencah nasi goreng, ikan bilis, roti dan milo 3 in 1.. hoho.. sebabnya, kat sana susah nak cari makanan halal. Aku book siap2 luggage satu dan satu lagi bawa beg ke dalam kabin. Satu luggage ni kteorg kongsi letak barang, tu pun tak sampai 20 kg. Rasa rugi jugakkan, tp klu nak harapkan 7 kg yang airasia tu bagi free mmg x ckup la.. Kul 8:05 pagi 19 Jan kteorg sampai di Incheon Airport, sangat teruja.. first time jejak kaki ke negara 4 musim neh.. terbayang-bayang citer korea kat TV. haha.. Nak tempek gambar masa kat Incheon airport ni memang tak de.. Tak tersempat nak ambil gambar.. Oleh kerana plan kteorg nak ke Pulau Jeju dulu, jadi bila sampai di incheon airport, kteorg terus cari bas untuk ke gimpo airport. Sebab kteorg akan naik Jejuair untuk ke Pulau Jeju.    

       ni ha.. harga tiket untuk 2 orang ke Gimpo airport menaiki bas 14000 won..

Masa nak beli tiket ni kteorg mundar-mandir jugak, pegi tanye org tu, pegi tanya orang nie.. nampak sangat persediaan tak berapa nak rapi.. hehe.. Dah sampai kat Gimpo kteorg turun dah pusing-pusing di sekitar airport. Lapar tapi tak tau nak makan kat mana. takut tak halal. Tiket nak ke Jeju ni lambat lagi, petang, jadi sementara menunggu tu kteorg pergi ke pasaraya terdekat dengan mengheret beg bersama2.. Last2 pergi seven E beli makanan. Halal tak halal no 2, kteorg just pilih roti krim je.. isi perut.
                                                       kaunter untuk check in JejuAir..

                             kedai2 di Gimpo Airport..

                         terambil gambar mamat nie pulak..

Dipendekkan cerita, sampai kat Pulau Jeju dah malam. Dalam pukul 7 malam, musim sejuk pukul 5 dah nak maghrib dah, so kalau 7 malam memamg dah gelap la.. naik bas ke seogwipo.. satu hal lagi kteorg penin bila nak cari hotel. Dah malam, gelap mana nak cari, orang pun tak ramai masa tu, mungkin sebab terlalu sejuk jadi semua berkurung je kat rumah kot.. Bila nak turun bas tu kteorg tanye sorg pompuan Korea nie.. kteorg just tunjuk alamat hotel dalam bahasa korea, kesian juga kat dia, tersangat gigih membantu kteorg tunjukkan tempat tu.. dia tak paham langsung bahasa inggeris.. terkial-kial aku nak cakap dengan dia.. dia g tanye teksi, toke kedai itu dan itni, pusing2.. last2 masa kteorg tgh cari tu terserempak dgn sorg laki kt lorong ni, dia yang tunjukkan tempat tu.. tawaf dua tiga round juga baru jumpa.. terima kasih tak terhingga kteorg kt dia dan laki tu, klu tak memang mati kesejukan dah kat luar cari tak  jumpa2.. so, agenda malam tu hanyalah tidur.. sejuk dan kelaparan.. hmmm.. pengajaran, lain kali bawa nasi siap2.. tapi kena declare barang la pulak kat airport nnti..

Pagi esoknya kteorg just jalan2 kat area hotel.. kteorg menginap di Kkodakk kkodakk Guest House.. Bersih dan sunyi.. sesuai dengan naluri kteorg.. harga dalam RM 98 semalaman. kteorg dok situ 2 malam.. agenda hari tu hanyalah bergambar sahaja. waktu siang pendek, rugi pegi musim sejuk. kalau nak pegi musim sejuk eloknya pergi 2 minggu terus, tak de lah kelam kabut macam kteorg nie.. 

                                         gambar tak cantik.. bese la.. bukan fotographer hebat..



 beberapa keping gambar pemandangan dari atas.. kat sini macam ada tempat jogging (mcm taman..), kteorg lepak kat atas tu sambil tengok pemandangan.. kat bawah tu ada Seogwipo Submarine Park.. Boleh naik ferry.. tapi tak tau ke mana.. kteorg tak naik pun.. 


                     untuk jalan2 kat sini tak risau sangat.. ada peta..


                      pemadangan sekitar laut.. cantik.. angin pun sejuk je..


kat sini lupa orang panggil ape.. tapi kat sini ada dia pasang lagu korea.. mendayu.. boleh la layan sambil layan tiupan angin sejuk.. feeling habis.. haha..

                      naik jambatan ni dulu untuk ke tempat kat atas tu..





 gambar ni dan beberapa gambar kat bawah ni adalah di sekitar Cheonjin Waterfall


             mcm2 cerita kat sini.. boleh baca.. aku sendiri pun tak baca..

                     air jernih.. seronok he nampak ikan2 nie..







                       ni dekat Cheonjin Waterfall..

Sebanarnya kteorg xde plan pun nak ke Art Museum.. saja2 jalan2 sebab nampak bukit.. berlari2 kteorg memanjat bukit dalam kesejukan.. banyak juga benda menarik bila naik atas bukit ni.. ada Art museum nie..,  perumahan nelayan kot.. ala2 kampung ckit.. ladang limau.. taman.. cantik.. kteorg jalan kaki je ke tempat ni semua..


ni Art Museum.. dalam ni ada pamerkan gambar2 lukisan je.. tak menarik sangat pun.. 200 won          sahaja untuk 2 org klu x silap.. kteorg kasik syiling..

berdekatan Art museum ni boleh nampak Gunung Hallasan.. ntah betul ke tak.. aku rasa ya betul itu     namanya.

Lepas tu kteorg naik bas ke Teddy Bear Museum.. Bas nombor 7 kalau tak silap.. berdekatan Teddy Bear museum ni ada macam2 lagi.. boleh layan gambar..

                      Ripleys Believe it or not pun ada kat sini...


                                  Chocolate House..

                       Ni taman kat belakang Teddy Bear Museum..


Pengakhiran kteorg untuk hari tersebut berakhir di sekitar Teddy Bear Museum je.. Esoknya dalam pukul 11 pg kteorg bertolak ke Gimpo airport kembali untuk ke Seoul.. Tapi malam tu sempat lagi aku terfikir untuk ke Gua Munjanggul, gua yang terbentuk akibat letusan gunung berapi.. hehe.. dalam hati fikir takut tak sempat.. kteorg pun plan untuk main redah je ke Gua tu awal2 pagi.. takut terlepas fligh tak pasal2 kena beli baru nnti.. haha.. Dlm pukul 6 pagi kteorg naik bas ke Gua Munjanggul.. Perjalanan ke gua ni mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah klu tak silap. Aku naik bas pukul 6: 45 pg sampai sana pukul 9 pg.. Kelam kabut round2 pastu terus blah ke airport.. pegi gua ni siap dengan luggage2 lagi.. haha.. Check out terus.. kat bawah ada gambar sekitar Gua Munjanggul yang aku maksudkan..

Gua Mungjanngul....

                                            kawasan luar gua..

     aku rasa nak guling2 je kat tempat nie.. macam dalam TV citer lama2 jer pemandangannya..






sebelum masuk ke gua ni, kteorg pergi tumpang letak beg dekat kaunter pendaftaran masuk.. takkan nak bawa beg besar2 tu masuk gua kan.. tiada bayaran dikenakan untuk penyimpanan beg.. hanya bayaran masuk sahaja 2000 won seorang.. (klu silap maaf.. lupa dah malas nak check balik nota2).. tapi tak mahal pun..

                                       di pintu masuk gua..




                                tangga masuk ke gua.. gelap..


penghujung gua ni... jalan mati.. takde ape yang menarik sangat dalam gua nie.. sekadar nak masuk tengok je..
Lepas menziarah gua ni kteorg amik teksi ke Jeju Airport.. bayaran yang dikenakan untuk sebuah teksi 25 000 won.. kemudian berlepas lah kteorg ke Gimpo meninggal Pulau Jeju.. Yang rasa sedikit terkilan tu belum sempat round kawasan pantai dan jeju. Masa yang agak suntuk.. Nyesal pergi 2 hari jek.. huhu.. Cerita ke Seoul dan Pulau Nami kemudianlah,, dah malas nak taip..