Tuesday, 19 August 2014

Belajar Bahasa Mandarin Part-2

Perbualan dalam bahasa mandarin untuk berkenalan / mengorat.. hehe..

你 好 吗?
Nǐ hǎo ma?
Awak apa khabar?

我 很 好.
Wǒ hěn hǎo.
Saya baik.

你 叫 什 么 名 字?
Nǐ jiào shénme míngzì?
Apa nama awak?

你 可 以 叫 我 ...........
Nǐ kěyǐ jiào wǒ ............
Awak boleh panggil saya ..........

你 有 空 吗?
Nǐ yǒu kòng ma?
Awak free?

有 Yǒu 我有 Wǒ yǒu.
Ada (free).

我 们 喝 茶 吧!
Wǒ men hē chá ba!
Kita minum teh jom!

你 有 男 朋 友 吗? (朋 友 péngyǒu = kawan), ( 男  nán = lelaki (biasa guna utk lelaki)
Nǐ yǒu nán péng yǒu ma?
Awak ada teman lelaki?

atau

你 有 女 朋 友 吗? (女 nǚ = wanita)
Nǐ yǒu nǚ péng yǒu ma?
Awak ada teman wanita?

我 没 有.
Wǒ méi yǒu.
Saya tidak ada.


Sunday, 17 August 2014

!Jom Belajar Bahasa Mandarin (جوم بلاجر بهاس مندارين!)

Jom kita belajar nombor dan hari dalam bahasa cina (mandarin). 

NOMBOR:
一 Yī = satu
二 Èr = dua / 两 Liǎng = dua (biasa digunakan)
三 Sān = tiga
四 Sì = empat
五 Wǔ = lima
六 Liù = enam
七 Qī = tujuh
八 Bā = lapan
九 Jiǔ = sembilan
十 Shí = sepuluh
十 一 Shí yī = sebelas
十 二 Shí' èr = dua belas
二十 二 èr shí' èr = dua puluh dua

二十 三  èr shí' Sān  = dua puluh tiga 
四 十  Sì  shí  = empat puluh
五 十  Wǔ shí  = lima puluh
一 百  Yī Bǎi  = Satu ratus
二 百  èr Bǎi / 两 百  Liǎng Bǎi  = dua ratus
一 千  Yī Qiān  = satu ribu
四 千 Sì  Qiān  = empat ribu
九 万 Jiǔ wàn  = sembilan puluh ribu
七 万 Qī  wàn  = tujuh puluh ribu



HARI:
星 期 一 Xīng qí yī = Isnin (hari ke-1 dalam minggu)
星 期 二 Xīng qí' èr = selasa (hari ke-2 dalam minggu)
星 期 三 Xīng qí sān = rabu (hari ke-3 dalam minggu)
星 期 四 Xīng qí sì = khamis (hari ke-4 dalam minggu)
星 期 五 Xīng qí wǔ = jumaat (hari ke-5 dalam minggu)
星 期 六 Xīng qí liù = sabtu (hari ke-6 dalam minggu)
星 期 日 Xīng qí rì / 星 期 天 Xīng qí tiān = ahad
Perkataan 星 期 Xīng qí boleh juga digantikan dengan perkataan 周 Zhōu atau li bai (lupa chinese character.. hehe..)


Sekadar berkongsi..

Tuesday, 5 August 2014

Ronda-Ronda Cameron Highlands

...سلام سجهترا

Alhamdulillah, baru balik daripada bercuti sempena hari raya. Dalam perjalanan balik ke KL sempat bermalam di Cameron Highlands selama satu malam. Rumah tumpangan dah tempah siap-siap sebelum bertolak balik lagi. Menginap di Dew Drop Inn di Tanah Rata. 

Pemandangan di sekitar Dew Drop Inn (gambar daripada google)

Bilik tidur.. (gambar daripada google juga)

Harga rumah tumpangan ni RM 75 untuk satu malam. Tempah melalui booking.com. Bilik agak besar tetapi tandas berkongsi. Untuk tandas sekali dengan bilik harga lebih sikit tapi sebab nak minimumkan kos, saya pilih bilik ni je lah. Bertolak dari rumah pukul 10 pagi dan sampai di Cameron pukul 6 ptg. Perjalanan santai je sambil tengok2 pemandangan sepanjang jalan. Pada awalnya saya merancang untuk singgah di Kolam Air Panas, tapi terlajak dan malas nak undur kereta dah. Jadi terus ke Cameron je lah. Sampai je di Cameron terus check in dan keluar jalan2. Saya makan di gerai makanan berdekatan je. Kedai Tom Yam siam. Tujuan perjalanan ke Cameron Highlands ni sebenarnya untuk jalan2. Ye lah. Ni bukan kali pertama saya ke Cameron Highlands, tapi kali ke-5 atau ke-6 kali dah kot.




Berhampiran Ladang Boh..

Gerai orang asli.. Jual barang2 kraftangan.. 


Rumah orang asli atas bukit. Cantik..

Air Terjun Lata Iskandar..